Perbincangan Bersama JKK Kpg. Stungkor Baru
12 Oktober 2015 | Aktiviti TerkiniPada 11 October 2015, Pusat Internet Kpg. Stungkor Baru telah mengadakan perbincangan bersama ahli JKK Kpg. Stungkor Baru. Tujuan Aktiviti:Tujuan utama perbincangan di antara PI Stungkor Baru bersama JKK Kpg. Stungkor Baru adalah bertujuan untuk membincangkan hala tuju berkaitan generasi muda berkaitan dengan pendidikan, minat dan sebagainya. Selain itu, perbincangan bersama ini juga bertujuan untuk pembahagian tugasan bersempena Hari Terbuka PI Kpg. Stungkor Baru yang akan dilaksanakan pada 15 November 2015.
Kebaikan & kelebihan aktiviti:
Pelbagai kebaikan yang didapati hasil dari perbincangan ini. Antaranya;
1) Berkongsi serta bertukar pendapat
2) Mengeratkan hubungan PI dengan JKK serta komuniti
3) Membincangkan hala tuju serta aktiviti bersama komuniti
4) Pembahagian tugasan bersempena Hari Terbuka PI Kpg. Stungkor Baru pada 15 November 2015
Perlaksanaan aktiviti utama:
Mengeratkan hubungan di antara PI Stungkor Baru dengan JKK Kpg. Stungkor Baru dan juga komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: